Antara Fungsi Dalam Online Trading Platform

Zaman sekarang ni, kebanyakan syarikat-syarikat broker akan menawarkan online trading platform kepada pemain saham. So, untuk main saham di zaman sekarang ni memang mudah. Kita boleh kawal akaun CDS kita personnally di hujung jari kita sahaja. Kita sebagai pemain saham kena lah gunakan semua fungsi-fungsi yang telah diberikan dalam online trading platform. Mari kita lihat antara fungsi2 yang ada.

  1. Melihat pergerakan harga saham secara langsung di BURSA MALAYSIA.
  2. Dapat meyenaraikan kaunter-kaunter atau syarikat-syarikat di BURSA MALAYSIA mengikut sektor.
  3. Mengetahui maklumat sesebuah syarikat senaraian awam.
  4. Dapat melihat sejarah pergerakan harga saham sehingga 10 tahun melalui ‘historical charting’.
  5. Melihat penjual dan pembeli sedang beratur untuk membeli dan menjual saham semasa pasaran sedang berlangsung.
  6. Melihat saham-saham yang paling aktif semasa pasaran sedang berlangsung.
  7. Melihat jumlah transaksi semua saham-saham yang diniagakan semasa pasaran sedang berlangsung.
  8. Terdapat pelbagai indicator yang dapat membantu dalam menganalisa pergerakan harga saham.
  9. Dapat mengira jumlah pembelian,penjualan,untung atau rugi dengan menggunakan
    calculator yang terdapat di platform ini.
  10. Dapat membaca fundamental analisis seperti ‘research’ yang dikeluarkan oleh syarikat broker.
  11. Dapat melihat indeks pergerakan saham di negara-negara lain seperti USA(Dow Jones), China(Hang Seng), Jepun(Nikkei) dan sebagainya.



QUOTA HARGA RM49 TELAH TAMAT !!!


HARGA AKAN DI NAIKKAN LAGI DLM MASA TERDEKAT !!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *