Kelebihan Pelaburan Saham DIY VS Remisier

main saham diyRemisier adalah seorang agent seperti consultant yang akan menolong kita monitor saham dan advise jika ada shama berpotensi untuk dibeli atau dijual.  Tetapi seperti saya, saya tidak menggunakan perkhidmatan remisier dan main saham secara DIY.

Semasa kita membuka akaun CDS di syarikat broker, mereka akan bertanya sama ada kita mahu membuka Direct Akaun atau nominee. Saya memilih direct akaun sebab saya ingin main saham DIY.

Antara kelebihan main saham DIY adalah seperti berikut:

  1. Akaun sendiri kita jaga.
  2. Boleh main saham dan beli mengikut kemampuan ekonomi kita. Sesetengah remisier menetapkan minimum RM10,000 pelaburan atau lebih. Jika DIY, RM1,000 pun sudah memadai.
  3. Kita boleh menetapkan peratus keuntungan yang kita kehendaki dan jual apabila sudah mencapai target.
  4. Kita boleh menukar transaksi saham bila-bila masa
  5. Kita boleh pilih dan yakin dengan kaunter saham yang kita beli itu patuh syariah.
  6. Hanya perlukan RM10.60 untuk buka akaun CDS. Ada broker yang offer FREE!
  7. Main saham dan jual beli anytime dengan Laptop atau smartphone.
  8. Tidak perlu share profit dan bayar kos servis remisier.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *