Main Saham Boleh Muflis! Betul Ke?

Betul kah dengan main saham ni seseorang itu boleh jadi muflis? Selalu kita dengan dari telinga dan khabar yang mengatakan ramai yang telah muflis bila main saham. Jawapan nya TIDAK!! Individu yang muflis bila bermain saham adalah disebabkan oleh dua faktor ini:

  1. Tiada ilmu cara-cara main saham
  2. Berhutang untuk mendapatkan modal pelaburan

Jika anda selalu membaca post2 di blog ini, pasti anda perasan saya sering nasihatkan untuk melabur menggunakan duit lebihan sahaja. Bukan duit simpanan anak masuk universiti tahun hadapan atau duit simpanan kahwin. Lebih lagi, duit pinjaman yang terpaksa kita bayar bulan-bulan kepada bank. Atau pun anda membuka akaun pelaburan contra yang membolehkan anda berhutang kepada pihak broker untuk membeli saham.

Yang boleh memburukkan lagi keadaan apabila anda tiada ilmu yang betul untuk main saham. Anda memperjudikan nasib dan wang anda di arena pelaburan. Jika nasib anda baik, tidak mengapa. Tetapi jika kaunter saham anda jatuh menjunam dan anda tidak dapat menjual kembali saham anda dengan harga tinggi, ini boleh mengakibatkan anda kerugian dan tidak mampu membayar hutang tersebut.

Sebaliknya, jika anda menggunakan duit lebihan, jika harga saham turun sekalipun. Anda tidak perlu risau kerana anda boleh menunggu harganya naik kembali jika anda mempunyai ilmu untuk memilih saham yang betul.




QUOTA HARGA RM49 TELAH TAMAT !!!


HARGA AKAN DI NAIKKAN LAGI DLM MASA TERDEKAT !!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *