Main Saham Mesti Buat Penyata Kewangan

Penyata kewangan peribadi berfungsi untuk melihat sama ada kewangan bulanan anda positif atau pun negative setiap bulan. Jika negative, bermakna kewangan bulanan anda masih tidak kukuh. Konsepnya hampir sama dengan kewangan syarikat yang menyeraikan untung atau rugi. Selain itu, beberapa kebaikan yang boleh kita perolehi daripada penyata kewangan adalah:

  • Mengetahui kedudukan kewangan sebenar
  • Asas membetulkan kedudukan kewangan kita
  • mengukur kemajuan kewangan kita
  • Menyusun semula kewangan jika liabiliti over aset
  • Mengawal perbelanjaan

Oleh itu, kita harus menyeraikan aset & liabiti kita. Terdapat 3 unsur penting dalam penyata aset dan liabiliti iaitu;

  • Aset Tetap: Susah untuk di tunaikan seperti rumah, simpanan insurans, kereta dan tanah
  • Aset Semasa: Tunai dan aset yang senang ditunaikan
  • Liabiliti: Hutang

Seterusnya; kita haruslah membuat penyata pendapatan dan perbelanjaan. Ini akan membantu kita melihat aliran tunai bulanan kita. Adakah perbelanjaan melebihi pendapatan? Jika ya, dimanakah yang boleh kita jimat untuk memastikan pendapatan melebihi perbelanjaan.

Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan RM
 
Aset Semasa (A)
Pendapatan bersih selepas ditolak KWSP etc.
Pendapatan sampingan
Pendapatan sewa rumah
 
Perbelanjaan Tetap (B)
Hutang rumah
Hutang kereta
PTPTN
Insurans
 
Perbelanjaan Ubah (C)
Belanja dapur
Melancong
Bil utiliti
Kos perubatan
 
Baki Pendapatan = A-B-C



QUOTA HARGA RM49 TELAH TAMAT !!!


HARGA AKAN DI NAIKKAN LAGI DLM MASA TERDEKAT !!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *