Memahami Saham. Mengapa Syarikat Perlukan Pelabur? (Part 2)

Previous article

Setelah beberapa tahun, produknya mereka semakin popular dan laris dipasaran. Dengan situasi yang amat memberangsangkan sekarang, mereka cuba mendapatkan modal yang leih besar untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka. Salah-satu caranya ialah dengan mendapatkan modal menerusi pasaran ekuiti. Mereka menubuhkan Cocoaland Holding Berhad. Mereka membuat keputusan untuk menjualkan sebahagian saham mereka kepada pelabur. Kebiasaannya, pemilik syarikat akan menjual kurang daripada 50% saham syarikatnya untuk membolehkan mereka mengawal syarikat itu.

Sebagai contoh; mereka menjual 40% saham syarikat dan sebanyak 200 juta unit saham ditawarkan kepada pelabur luar, ini dinamakan sebagai Initial Public Offering (IPO). Pelabur luar akan meneliti saham ini dan jika berminat mereka akan membeli daripada primary market dan merasai perkembangan syarikat ini. Oleh sebab terlalu ramai pelabur yang ingin membeli saham Cocoaland, maka dengan automatik harga saham ini akan naik di Bursa Malaysia. Jika sesiapa menjual saham ketika harga naik, mereka telah mendapat untung yang dipanggil capital gain. Jika saham itu tidak aktif dan tidak ramai pembeli, saham itu akan turun dan rugi jika dijual pada masa ini.

Dengan cara ini, dapatlah syarikat Cocoaland mengumpul modal perniagaan mereka. Kita selaku pelabur, dapatlah merasai kuntungan ataupun kerugian syarikat.




QUOTA HARGA RM49 TELAH TAMAT !!!


HARGA AKAN DI NAIKKAN LAGI DLM MASA TERDEKAT !!!

One thought on “Memahami Saham. Mengapa Syarikat Perlukan Pelabur? (Part 2)

  1. Pingback: Memahami Saham. Mengapa Syarikat Perlukan Pelabur? (Part 1) | Blog Belajar Main Saham

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *