Memahami Saham. Mengapa Syarikat Perlukan Pelabur? (Part 1)

Sebelum kita belajar cara untuk bermain saham, mari kita mulakan dengan memahami terlebih dahulu apa itu saham. Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Betul tak? Telebih dahulu, kita mesti tahu bahawa saham ini bukan sekadar turun naik harga sahaja.Saham adalah perniagaan dan membeli mana-mana saham bermaksud kita memberi modal kepada sesuatu syarikat untuk menjalankan perniagaan.

Untuk memudahkan pemahaman anda jika anda baru mula main saham, kita lihat sejarah syarikat Cocoaland. Syarikat ini dimulakan oleh 2 orang adik beradik dengan menjual pisang goreng dan makanan ringan di sekitar lembah Klang. Dengan keadaan bisnes yang semakin hari semakin bagus, mereka telah mengembangkan perniagaan mereka dengan membuka syarikat pengedaran dan pembuatan makanan ringan iaitu Mite Food Enterprise Sdn. Bhd.

Untuk mengembangkan syarikat ini, adik-beradik mereka telah bergabung dan menghulurkan modal. Mungkin juga mereka berjumpa dengan pihak bank untuk membuat pembiayaan. Jika pembiayaan mereka lulus, modal syarikat mereka telah berkembang. Dengan berkembangnya modal perniagaan, barulah senang untuk melebarkan sayap perniagaan. Kini mereka bukan sahaja menjual di Lembah Klang sahaja, tetapi serata Malaysia.

Bersambung

One thought on “Memahami Saham. Mengapa Syarikat Perlukan Pelabur? (Part 1)

  1. Pingback: Memahami Saham. Mengapa Syarikat Perlukan Pelabur? (Part 2) | Blog Belajar Main Saham

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *