Pelabur VS Spekulator

Sesiapa sahaja yang melakukan jual beli di Bursa Saham sudah dianggap sebagai pelabur. Tetapi, bukan semua orang boleh dipanggil pelabur kerana ada juga dikalangan mereka yang bermain saham hanya berdasarkan spekulasi. Ada beberapa sebab mereka membeli saham atas dasar spekulasi:

  1. Mereka tidak tahu membuat analisis kewangan
  2. Mengharapkan harga kaunter akan naik
  3. Terdapat berita positif mengenai kaunter tersebut
  4. Meramalkan momentum saham akan naik berdasarkan graf

Benjamin Graham di dalam bukunya ‘The Intelligent Investor’, beliau menyifatkan pelabur spekulasi hanya memperjudikan duit mereka. Kita harus membuat analisis yang betul sebelum membeli mana-mana kaunter. Percaya kepada data-data yang telah anda analisis, bukan percaya pada hati. Seperti kata pepatah, ‘ ikut hati mati’.

Seorang pelabur adalah seorang yang membeli saham berdasarkan potensi syarikat membuat keuntungan, nilai aset liabiliti syarikat dan beberapa faktor yang lain. Saham dibeli bukan berdasarkan harapan atau khabar angin, tetapi keupayaan dan juga potensi syarikat mengahasilkan keuntungan. Pelabur hanya akan melabur setalah mereka membuat analisis kewangan dan yakin syarikat itu menghasilkan keuntungan, mempunyai ekonomi yang baik dan berpotensi meningkatkan harga kaunter dan mendapat dividen atau bonus.




QUOTA HARGA RM49 TELAH TAMAT !!!


HARGA AKAN DI NAIKKAN LAGI DLM MASA TERDEKAT !!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *