Pesanan Sifu Saya Semasa Saya Baru Belajar Saham!

Peringatan belajar saham main saham

Semasa saya baru mula belajar saham dan main saham, saya telah dipesan berkali-kali oleh semua sifu saya mengenai beberapa perkara jika ingin sustain main saham.

Disebabkan oleh pesanan merekalah, alhamdulillah saya berjaya mendapat keuntungan dengan main saham. Belajar saham dan mempraktikkan ilmu yang dipelajari adalah penting. Dengan itu, kita akan mudah faham. Di bawah adalah contoh kejayaan dalam dunia saham dengan mengikuti nasihat sifu-sifu saya.

1buy 1sell

Kaunter CAMRES dibeli pada 24/08/2015 dengan harga RM0.24 sesaham.

Dan kaunter ini dijual pada 17/05/2016 dengan harga RM0.38 sesaham.

Keuntungan kaunter CAMRES: 58% dalam masa  9 bulan.

 

Di bawah adalah nasihat yang perlu anda ingat semasa main saham:

  1. Gunakan sebahagian duit simpanan kita. Bukan duit pinjam ataupun duit bulanan. Untuk kita bejar dan main saham secara live!!
  2. Mempunyai cash flow bulanan yang positif. Boleh baca disini: http://www.mainsaham.net/blog/main-saham-mesti-buat-penyata-kewangan/ 
  3. Mempunyai simpanan kecemasan yang lain selain simpanan untuk main saham
  4. Tidak mengusik modal main saham untuk jangka masa yang lama.
  5. Tidak membeli saham secara spekulasi walaupun baru belajar saham ataupun sudah lama main saham.
  6. Belajar saham bukan cara menjana pendapatan harian atau bulanan. Jangan pasang niat main saham nak buat bayar hutang. 🙂
  7. Belajar dahulu cara untuk buat analisis kaunter berpotensi sebelum membeli. Insyaallah anda tidak akan rugi. Anda boleh belajar saham dengan panduan yang lengkap beserta dengan cara-cara membuat analisis disini: http://www.mainsaham.net/blog/panduan-main-saham/

4 thoughts on “Pesanan Sifu Saya Semasa Saya Baru Belajar Saham!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *