Step Buka Akaun CDS dan Main Saham di Bursa Malaysia

Belajar Saham Step by Step secara percuma di sini >> Main Saham

Bila main saham ni, selalu je orang cakap kena buka akaun CDS kat broker betul tak? Apa dia CDS ni. CDS ni nama panjang dia ‘Central depository Service’ dan wajib ada untuk main saham dan boleh dibuka dimana-mana syarikat broker. Orang yang mewakili syarikat broker dipanggil remisier/ dealer.

Kalau dulu nak main saham kena telephone, tapi sekarang dah boleh trade online dah. Ipad, smartphone dan mcm2 lagi teknologi sekarang.

Langkah 1

Cari syarikat broker yang anda rasa selesa berurusan, pegawai yang helpful, brokerage fee yang rendah, online trading yang mesra pengguna dan tawarkan islamic trading. Senarai syarikat broker saya senaraikan disini:

Senarai syarikat broker patuh syariah

Langkah 2

Bawa barang-barang ini ke syarikat broker tadi untuk mendaftar.

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Penyata buku akaun bank
  3. RM10 – Caj buka akaun

Tetapi ada syarikat yang waive caj RM10 tu. Senang je kan nak buka akaun main saham ni. Semasa buka akaun ni, tanya lah pegawai yang in charge apa2 yang kita xtahu pasal cara nak trading ni. Antara soalan yang boleh ditanya:

  1. Cara jual -beli saham secara online
  2. Cara masuk dan keluarkan duit
  3. Tools yang disediakan pada online platform mereka
  4. Kadar brokerage fees

Tetapi, kalau tanya mereka kaunter mana yang ada potensi beli, mmg mereka tak tahu. Sebab selalunya pegawai yang incharge pendaftaran ni, tidak tahu cara analisis saham berpotensi. Mereka tahu cara pakai trading platform mereka ja.

Selepas beberapa hari bekerja, siaplah akaun anda. 🙂

Langkah 3

Bila akaun CDS dah siap, masukkan lah modal pelaburan anda. Tetapi, pastikan anda biasakan dengan platform trading tu dulu. Nanti takut tersalah tekan. So, berapa modal yang diperlukan? Saya ada terangkan disini –> Modal Main Saham

Belajar Saham Step by Step secara percuma di sini >> Main Saham

Saya sarankan supaya membeli saham sekurang2 nya 1000 unit keatas untuk merendahkah kadar brokerage fees per unit.




QUOTA HARGA RM49 TELAH TAMAT !!!


HARGA AKAN DI NAIKKAN LAGI DLM MASA TERDEKAT !!!

One thought on “Step Buka Akaun CDS dan Main Saham di Bursa Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *