Tag Archives: cds

Antara Fungsi Dalam Online Trading Platform

Zaman sekarang ni, kebanyakan syarikat-syarikat broker akan menawarkan online trading platform kepada pemain saham. So, untuk main saham di zaman sekarang ni memang mudah. Kita boleh kawal akaun CDS kita personnally di hujung jari kita sahaja. Kita sebagai pemain saham kena lah gunakan semua fungsi-fungsi yang telah diberikan dalam online trading platform. Mari kita lihat antara fungsi2 yang ada. Continue reading

Cara Buka Akaun CDS Untuk Main Saham di Bursa Malaysia

Sekarang saya akan terangkan cara buka akaun CDS untuk Main saham di Bursa Malaysia yang dahulu dipanggil BSKL (Bursa Saham Kuala Lumpur)

Dahulu 1 lot equal to 1000 unit. (1lot=1000unit) . But now 1 lot = 100 unit.

Untuk main saham dan proses jual beli ni mestilah melalui syarikat broker. Dealer/ Remisier adalah individu wakil syarikat broker. Dealer dapat gaji dan Remisier dapat komisyen. Zaman dulu kenalah pakai telefon, tetapi sekarang ni boleh trade online melalui web platform yang telah disedia oleh syarikat broker. So, dah senang. Di bawah adalah step by step cara buka akaun CDS. Continue reading

Step Buka Akaun CDS dan Main Saham di Bursa Malaysia

Belajar Saham Step by Step secara percuma di sini >> Main Saham

Bila main saham ni, selalu je orang cakap kena buka akaun CDS kat broker betul tak? Apa dia CDS ni. CDS ni nama panjang dia ‘Central depository Service’ dan wajib ada untuk main saham dan boleh dibuka dimana-mana syarikat broker. Orang yang mewakili syarikat broker dipanggil remisier/ dealer.

Kalau dulu nak main saham kena telephone, tapi sekarang dah boleh trade online dah. Ipad, smartphone dan mcm2 lagi teknologi sekarang. Continue reading

CDS – Direct Akaun atau Nominee

Semasa membuka akaun CDS, broker akan bertanya sama ada kita pilih direct atau nominee akaun. So, untuk baru nak main saham akan confius. Apa beza 2 akaun ni. Betul tak?

Untuk nominee akaun nie, biasanya kita akan appoint satu broker untuk handle saham ni bagi pihak kita. Ini bermaksud apabila kita membeli saham ,nama kita tidak akan tertulis dlm buku daftar kewujudan pemegang saham, tetapi nama broker yang keluar.Kelebihan nominee akaun adalah kita tidak perlu susah payah membuat apa2 kertas kerja seperti contoh mengisi borang bonus issue la,right entitlement la, dan macam-macam lagi. Dan paling penting adalah, kesemua tarikh date line bukan kita yang ingat semua tu, tetapi broker kita. Kita masih lagi harus memberi arahan mengenai apa yang mereka patut buat.Sementara itu, keburukan nominee akaun pula, kita tidak dapat memohon IPO. IPO merupakan saham yang baru akan dilistedkan. Kaunter saham ini masih belum lagi diniagakan di Bursa Malaysia. Keburukan nominee akaun juga adalah kita tidak dapat menerima annual report bagi saham yang dibeli dan tidak dapat gift voucher.