Tag Archives: nominee

CDS – Direct Akaun atau Nominee

Semasa membuka akaun CDS, broker akan bertanya sama ada kita pilih direct atau nominee akaun. So, untuk baru nak main saham akan confius. Apa beza 2 akaun ni. Betul tak?

Untuk nominee akaun nie, biasanya kita akan appoint satu broker untuk handle saham ni bagi pihak kita. Ini bermaksud apabila kita membeli saham ,nama kita tidak akan tertulis dlm buku daftar kewujudan pemegang saham, tetapi nama broker yang keluar.Kelebihan nominee akaun adalah kita tidak perlu susah payah membuat apa2 kertas kerja seperti contoh mengisi borang bonus issue la,right entitlement la, dan macam-macam lagi. Dan paling penting adalah, kesemua tarikh date line bukan kita yang ingat semua tu, tetapi broker kita. Kita masih lagi harus memberi arahan mengenai apa yang mereka patut buat.Sementara itu, keburukan nominee akaun pula, kita tidak dapat memohon IPO. IPO merupakan saham yang baru akan dilistedkan. Kaunter saham ini masih belum lagi diniagakan di Bursa Malaysia. Keburukan nominee akaun juga adalah kita tidak dapat menerima annual report bagi saham yang dibeli dan tidak dapat gift voucher.