Tips Untuk Bebas Hutang (Financial Freedom) – Part 2

Sambungan daripada Part 1

  1. Mula Menyimpan Untuk Menunaikan Haji Dan Juga Persaraan

Haji adalah merupakan rukun islam yg ke-5 dan wajib ditunaikan sekiranya anda mampu dari aspek kewangan, fizikal & mental. Tetapi, sekiranya anda tidak berusaha untuk mengumpul wang bagi membiayai kos haji itu, anda tidaklah dianggap sebagai tidak mampu ya! Jadi, mulalah dari sekarang dan letakkan perkara menunaikan haji – sebagai salah satu untuk matlamat kewangan anda.

Persaraan juga memerlukan simpanan yang mana anda juga perlu mulakan mulai dari sekarang. Jangan tunggu sampai sudah hampir bersara untuk anda mula menyimpan. Walaupun telah mencarum di KWSP, anda juga memerlukan simpanan tambahan untuk menambah & memberikan keselesaan anda pada hari tua nanti.

  1. Membuat Simpanan Untuk Bayaran Duit Muka Rumah

Seperti dengan pembiayaan untuk kereta, anda perlu melihat kemampuan diri dalam membuat pilihan untuk membeli rumah. Untuk permulaan, anda tidak perlu terus membeli rumah teres @ semi-D. Letaklah target atau matlamat untuk membeli rumah jenis apartment dulu.

Kalau boleh, anda tidak perlu membuat pinjaman bersama (suami + isteri) melainkan gaji anda terlalu kurang & tidak berkemampuan membeli rumah. Hal ini kerana, sekiranya salah seorang daripada anda meninggal dunia, beban pinjaman itu akan ditanggung oleh pasangan yang masih hidup. Kalau anda meminjam di atas nama perseorangan, beban hutang itu akan terus berakhir jika yang meminjam telah meninggal dunia.

  1. Sudah Melakukan Semua Perkara Yang Di Atas & Sebelum Ini?

Sekiranya semua perkara yang telah diberitahu di atas dan di Part 1 sebelum ini telah anda lakukan  & anda masih mempunyai lebihan wang, anda bolehlah berfikir kepada matlamat kewangan lain pula, sebagai contoh menambahkan aset atau meletakkan lebihan wang itu sebagai modal dalam memulakan sesebuah perniagaan dan boleh juga digunakan untuk main saham. Selamat mencuba ya!

You’re only poor if you give up. The most important thing is that you did something. Most people only talk and dream of getting rich. You’ve done something.

~Robert Kiyosaki~




QUOTA HARGA RM49 TELAH TAMAT !!!


HARGA AKAN DI NAIKKAN LAGI DLM MASA TERDEKAT !!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *